Train the Trainer Open Broadcaster Software or OBS

6 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu 5 Mac 2022, pengurus Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengikuti kursus Train the Trainer Open Broadcaster Software atau OBS yang berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Kursus ini telah diajar oleh Pengurus PEDi Semenyih. Objektif kursus ini dibuat untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kakitangan Pusat Ekonomi Digital yang lain, mempelajari penggunaan asas perisian OBS Studio dan sebagai latihan tahunan kepada kakitangan Pusat Ekonomi Digital .

Di penghujung sesi kursus ini, semua pengurus diminta untuk menyiapkan tugasan seperti apa yang telah dikongsikan oleh tenaga pengajar kursus sebagai latihan kendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali